SMS SOALAN


1- Assalamualaikum ust fatah,
saya mohd hafiz wahab. 
nak tanya soalan skit.sekiranya kita bertaklik jatuh talak dalam keadaan bukan kehendak kita,jika perkara taklik itu berlaku,adakah jatuh taklik itu?minta penjelasan ustaz

Jwpn: 
Rasanya soalan saudara merujuk kepada taklik selepas aqad nikah yang berlaku secara umumnya di dalam majlis aqad nikah di Malaysia dan dilafazkan oleh pengantin lelaki kerana takut dicela oleh famili pengantin perempuan. 'Bukan kehendak' dalam situasi seperti itu dikira 'berkehendak' kerana si pengantin melafazkan taklik secara rela (walaupun tidak 100%). Oleh itu jika terlanggar taklik itu, jatuhlah talak. WalLahu a'lam. 
18/12/2011   

2- Assalaamu 'Alaikum ust ,
seseorang bertanya, jika makan pil kuda, makjun kuat adakah dibenarkan semata-mata untuk harmoni rumahtangga? Hj yusuf paka. 

Jwpn:
Ya.  Dibenarkan dengan syarat makjun tersebut tidak bercampur bahan najis atau haram atau yang menimbulkan ketagihan seperti dadah dan sebagainya. Tentang pil kuda saya tak pasti kandungannya. Perlu tanya orang yang biasa dengan bahan tersebut. 


3- Assalaamu 'Alaikum ust, jika seseorang sakit dlm bulan ramadhan.. tak dapat puasa 15 hari, jika dia mati..bagaimana puasanya...adakah wajib anak-anak ganti dan bayar fidyah ? Hj Yusof Paka.

Jwpn:
Anak-anak perlu buat salah satu. Samada qadha' puasa bagi pihak bapa mereka (ini ada ikhtilaf di  kalangan ulama' tentang boleh atau tidak) atau bayar fidyah. Wallahu a'lam.
24/12/2011


4- Assalamualaikum ust..nak tanya sikit. pelaburn asb@asn haram tak? klu tak boleh apa perlu saya buat dengan duit pelaburan yang saya simpan dalam asb selama ini?

Jwpn:
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Dengan alasan seperti berikut:

  1. Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan dan perbankan konvensional berteraskan faedah.
  2. Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.
Duit pelaburan dikeluarkan balik pokoknya. Profitnya boleh digunakan untuk kemaslahatan umum seperti tandas awan, jalanraya dsbnya.  Wallahu a'lam.
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan