Buku
Ia sentiasa
kudakap ke dada
Kerana padanya
rindu sering bergelora
Tak pernah
bertepi
Lagi dan lagi ia
kutatap
Kerana tanpa
henti ia menambah harap
Sering kutemui
pencarian yang hilang
Pada mutiara
hikmat dalam lipatannya
Ia teman ketika
sepi
Ia kekasih
abadi
Penawar ketika
duka
Cinta kami
bersemi sejak azali
Bertambah segar
saban hari
Mengatasi cinta
seorang isteri
Bila bertemu, bicaranya
tak pernah henti
Namun tetap
bernas, kerana ia tak pernah nyanyuk
Meski lebih tua
dariku beribu tahun - ia lahir semenjak Allah bersumpah dengan pena
Ia menguasai
semua bahasa dunia
Ia mahir dalam
segala ilmu takwini dan tasyri’i
Ia arif tentang
segala ideologi
Ia pakar rujuk
segala falsafah dan teknologi
Ia memberiku sentiasa,
nafas baru
Dalam menangani
cabaran melintang bertali arus tanpa henti
Sebagai
khalifah Allah
Ia guru yang
memimpin dalam kegelapan
Ia menteri
penasihat paling berwibawa
Ia peguam yang
membelaku di mahkamah “Menyesal Dulu”
Tanpa perlu
memasuki Mahkamah Rayuan
Ia sifu yang
mendidikku sebelum tersalah langkah
Ia sufi yang menegurku
penuh hikmah
Agar bertaubat
dan berlari kepada Allah
Sebelum
menyesal pada hari kemudian, dan muflis
Tanpa dapat bangkit
kembali lagi
Dialah buku.. Dialah kitab..
Dengannya aku
menjadi ulul-albab
Dengannya aku menjadi
malaikat
Dengannya aku
menjadi pewaris para nabi
Dengannya aku
memiliki tongkat hikmat
Yang dapat
membentuk aliran sungai-sungai syurga
Dengannya aku
mendapat darjat tertinggi
Dalam majlis “al-Malail-A’la”,
Di sisi Raja Paling Berkuasa
Allah Azza Wajalla
Salam. Minta izin copy boleh?
BalasPadamBoleh (untuk bacaan sendiri). Terima kasih atas pengamatan saudari.
BalasPadam